Powered By Blogger

Khamis, 30 September 2010

Berakhirnya penantian......

Sesuatu yang ku tunggu-tunggu berakhir petang semalam. 
Syukur... Alhamdulillah, tak dapat di gambarkan betapa riangnya hati.......
tuhan saja lah yang tahu..dahsyat jugak penantian aku ni...
tempohnya tak lah lama sangat...hampir sebulan je...

Tapi peritnya menunggu tu...macam tunggu durian tak jatuh-jatuh. 
Saat berganti minit....minit berganti jam....jam berganti hari....dan hari terus berganti hari...

Hitung punyelah hitung....dapat jugak akhirnye aku bende alah ni....
Nak tergelak...nak tersenyum (^,^)....nak melompat pun ade.....
Memang riang sungguhlah hati ni......


Notebook HP
Inilah yang dimaksudkan.....hehehe



p/s: tengah tersenyum lagi ni.......(^,^)....



Ramdan

Rabu, 29 September 2010

Kena Prank.

   Entri kali ni nak cerita tentang kene Prank, saye sendiri pun pernah kene prank. Anda semua pernah kene tak. Macam mana agaknya gelagat anda semasa kene prank, mungkin sama seperti dalam video ni.......


   Bagi sape2 yang pernah kena prank macam ni mesti anda tergelak besar punye. Bagi sape2 yang tak pernah kena so... berhati-hatilah ngan sape2 pun....hehehe.


p/s: Teringat aku mase terkena dulu.....bengang pun ade, ketawa besar aku lepas tu.....opsss...tutup mulut, nanti lalat masuk.


 
Ramdan

A Nuffnang Community Announcement.

Say NO to click Fraud.



   We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.
   As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.
   We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.
Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads
   Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.
   Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.
   We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.
Thank you for your attention.
Say NO to click Fraud.

p/s : Penting utk semua blogger.

Ramdan

Maklumat penting untuk umat Islam.






  Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. 
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

  Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya?  Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???  

  Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

  Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg <span>haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini. 


p/s: info ini saya dapat dari rakan kepada rakan dalam facebook. Sejak semalam lagi saya nak siarkan, harap2 tidak terlambat.

Ramdan

Selasa, 28 September 2010

Prestasi dan gaya versatil


  Jenama Acer memang telah terkenal sebagai pengeluar rangkaian produk pengkomputeran yang inovatif dan termaju. Terus melangkah cemerlang dalam bidang teknologi mudah alih, syarikat tersebut, Acer Sales & Services Sdn. Bhd. telah memperkenalkan empat model telefon bimbit pintar terbarunya.

  Model yang dimaksudkan adalah Acer Liquid E S100, Acer Luiquid E Ferrari, Acer beTouch E400 dan Acer beTouch E120. Menurut Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Ricky Tan, pelancaran telefon bimbit pintar itu adalah sebagai pelengkap kepada peranti-peranti elektronik Acer seperti komputer riba dan juga netbook.

  ''Rangkaian model produk selular ini dibangunkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin menginginkan akses Internet di mana-mana sahaja menerusi perkhidmatan data kompleks. ''Ia menampilkan prestasi, dan gaya yang versatil khusus untuk kemudahan pengendalian pelbagai aplikasi multimedia terkini,'' katanya pada pelancaran model-model tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

  Kesemua model berkenaan disediakan dengan kelebihan mengakses aplikasi-aplikasi seperti kandungan Internet, e-mel dan laman web rangkaian sosial. Acer Liquid E Series dan Acer beTouch E400 dipacu menggunakan sistem operasi Android 2.1 bagi tawaran operasi lebih interaktif dan bebas.
  
  Di samping itu, ia turut dilengkapi pemprosesan Qualcomm yang bakal menawarkan fungsi mobiliti mudah dan mesra pengguna. Lebih menarik, model-model berkenaan disempurnakan bersama skrin sentuh WVGA definisi tinggi (HD) yang luas iaitu bersaiz 3.5 inci.

  Dari segi binaan luar pula, kesemua peranti mobiliti itu dibangunkan dengan kelebihan rekaan ergonomik untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Salah satu model yang bakal menjadi tumpuan pengguna adalah Acer Liquid E Ferrari Edisi Khas di mana ia dilengkapi ciri navigasi lancar serta gabungan kuasa penuh menerusi pemacu grafik 3D Qualcomm Snapdragon untuk pengalaman permainan video terbaik. Bahagian luarnya pula dilengkapi logo Ferrari yang menarik dan eksklusif.

  Kesemua model ini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga bermula daripada RM699. Untuk maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya, sila layari laman web www.acer.com.my.




12 Barisan Di Akhirat.



   Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

  

                                                                                  Ramdan


Bila aku dah Boring....


Masa lapang....inilah salah satu hobi aku bile nak hilangkan boring . Main game.....tak abis2 main game.
Farmville lah gaming aku paling best, sampai tak ingat...ops, yer ke. Ntah ape sebab aku leh minat ngan game ni, dulu aku kutuk orang main game ni, tak mencabar la kate kan. Tapi tak sangka aku dah sampai level 75, gile...... Mungkin tu la pasal aku kutuk orang, skang aku pulak jadi bahan rujukan dari kawan2 aku cara2 nak main game ni. Taklah selalu sangat aku main game ni, sekadar nak hilangkan boring aku jer...hehehe... 
(yela tu). Ape2 pun bloger sume mesti ade care nak hilangkan boring....semoge ceria2 selalu.



                                                                        Ramdan



Isnin, 27 September 2010

Proton Waja Lancer?

 

   Inilah wajah baru proton waja, hampir meyerupai mitsubishi lancer. Sebelum ini kita digegarkan dengan kehadiran Myvi LE keluaran Perodua, sekarang rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehadiran Proton Waja Replacement, gabungan teknologi Proton dan Mitsubishi. Apa pendapat anda?

 ?

Ahad, 26 September 2010

Tag dari Najwa

TAG SUKA-SUKA

1- Name one person who made u laugh last night?
Ezao



2- What were u doing 1 hour ago?
Pergi jemputan rumah terbuka...



3- What was da last thing you said out loud?
"Malas nak basuh kete" kat member saya...



4- Where's da next place you're going to?
Main bowling...



5- What was da last thing u paid for?
Isi minyak kete..



6- Where were u last nite?
dok kat uma..



7- What's da best ice-cream flavour?
Vanilla dan coklat..

8- Do u wanna cut your hair?
next week la...



9- Do u love to 'melatah'?
tak suke melatah,,,tapi suke nengok org melatah....



10- If that so(melatah), what will u said out loud?
Korok mu....



11- What does da last text-msg received say?
Bile ko nak sampai umah aku ni...bla bla bla bla...



12- Will u get married in da future?
ader jodoh x kemane la...



13- Do u chew on your straw?
kdg2....



14- Do u make-up your own words?
x der make up pun x per....hahaha



15- Is there anyone u like/love right now?
Mestilah ade...:)


16- Tag to other 5 bloggers/more
............

Sabtu, 25 September 2010

“DiGi iPhone 4 Me”.

Cinta pandang pertama....ceeeewah.
iPhone 4

  Kali pertama melihatnya, terus jatuh cinta....huhuhu, mcm tak percaye je. Satu-satunye hp idaman ku, kalau dpt ni mesti aku selit kat bantal masa tidur...hahaha. Anda semua mesti idam-idamkan iPhone 4 ni, mane lah tahu....dpt free plak tu. Nak tahu macam mana...haaaaaa, DiGi skang ni ngah mencari pemenang blogger paling kreatif.
  Sebab-sebab aku nak iPhone 4 ni :
*Kelebihan dan kecanggihan telefon iPhone 4 ini bukan kegilaan saye sorang. Ramai yang telah menggunakan iPhone pun masih tergila-gilakan yang terbaru ini.
*Kerana ia bukan sekadar telefon biasa.
*Semua golongan boleh menggunakannya, termasuk oku...knape, tak percaye ye...

 
 

Jumaat, 24 September 2010

Pemanduan kereta Auto.

 N3 kali ni nak cerite tentang pemanduan kereta auto.....lelaki mmg tak minat sangat dengan kereta auto ni, maklumlah tak mencabar katanye. Tapi kalau nak tau, kareta auto ni ader rahsianye......betul ke??? Sape-sape yang pernah pandu kereta auto pasti dah rase kan....Tetapi ade perkara yang korang abaikan semasa memandu kereta auto ni, maklum la....tekan jer pedal minyak.
  Korang harus faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 , kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta). Yang penting sekali, penukaran minyak gear box auto...biasanye 15,000km atau 20,000km mengikut saranan pengeluar.

Selasa, 21 September 2010

Tips membeli ‘spare part’

   Ok...entri kali ni saya nak berkongsi cerita tentang membeli ‘spare part’ ...ini bukan bermaksud awek...hahaha.
Ini tentang spare part kereta.Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.



1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini. 
2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.
3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan. 
4. Spare part recon yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat. 
5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

    Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

    Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. Untuk timing belt belum pernah saya jumpa barangan '4'.
    Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plug, absorber, clutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.  


    Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Clutch plate pula kita dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plug tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plug recon, jangkahayatnya tidak lama.
      Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori. 
      Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan  1, 2, 3 atau 4. Saya cadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka masa panjang. 

Ahad, 19 September 2010

TIP PENJAGAAN KERETA.

    Saya nak kongsi sedikit tentang tip penjagaan kereta kepada anda....dalam tulisan saya ini mungkin ada salah ejaan, jadi saya mohon maaf.
    

    Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, 'on'kan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin(mcm Myvi lampu "engine check" tak padam). Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu. 
    Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.
    Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.
     Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plug setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petenam" atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Oklah....nanti saya sambung lagi....

Jumaat, 17 September 2010

Apa pengertian “Nuffnang”?

“Nuffnang” ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Jafaikan. Ia bermaksud “Cukup Bagus“.
Jafaikan ialah sejenis dialek pelbagai budaya yang sedang pantas tersebar di kalangan belia London, biarpun ibu bapa mereka berasal dari Bengali, India Barat, Arab, Brazil atau London Stock.
Berdasarkan kajian oleh Queen Mary, Univerity of London, ia mendapat pengaruh dari dialek Cockney/Estuary English.
Ia mula dipopularkan oleh seorang ahli komedi Sacha Baron Cohen yang melakonkan watak samseng Ali G (Sacha kini lebih dikenali di arena antarabangsa kerana lakonanya sebagai Borat).

Rabu, 15 September 2010

Kes Pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya.

Kunci kereta ditemui


KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

SELAM...anggota unit penyelam memeriksa kawasan Sungai Kanchong Laut tempat membuang abu mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
SELAM...anggota unit penyelam memeriksa kawasan Sungai Kanchong Laut tempat membuang abu mayat Dato' Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.


Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.

Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.
“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya.
Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.

Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis.

Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.

Harian Metro turut difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima ‘habuan’ berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.

Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.

Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.

“Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa.

“Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai ‘kunci’ bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu,” katanya.

Susulan daripada itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu berusia antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan selain beberapa lagi bahan bukti yang digunakan semua suspek.

Selasa, 14 September 2010

Empat maut tembung bas.

KUANTAN: Dua pasangan suami isteri terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dalam dua dalam kemalangan ngeri di Pahang dengan satu pasangan maut dalam keadaan mengerikan apabila kedua-duanya terperosok di bawah bas ekspres dua tingkat Transnasional selepas kereta dinaiki dirempuh kenderaan berat itu di Kilometer 22.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang, awal pagi Jumaat lalu.


REMUK...keadaan kereta yang terperosok di bawah bas ekspres.

Mayat mangsa, Ahmad Indra Sujud, 32, dan isterinya, Lans Koperal Zuraidah Mahmad, 31, terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Taman Tas dalam kejadian jam 3.30 pagi 10/09/2010.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, Ahmad Indra yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala isterinya yang juga anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri apabila terbabit dalam kemalangan itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Ahmad Indra dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi menyebabkan kenderaanya melintang di tengah jalan sebelum dirempuh bas ekspres berkenaan.

Zulkifli berkata, siasatan turut mendapati rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa diseret sejauh kira-kira 20 meter.

“Pasangan itu yang belum dikurniakan cahaya mata meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Sabtu, 11 September 2010

memori dulu-dulu..

'A' Coy 96-98
Gambar2 ini adalah kenangan dulu2....'A' Coy sekitar tahun 1996-1998.
Related Posts with Thumbnails