Powered By Blogger

Automotif


TIP PENJAGAAN KERETA.


   Saya nak kongsi sedikit tentang tip penjagaan kereta kepada anda....dalam tulisan saya ini mungkin ada salah ejaan, jadi saya mohon maaf.
    

    Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, 'on'kan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin(mcm Myvi lampu "engine check" tak padam). Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu. 
    Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.
    Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.
     Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plug setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petenam" atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Oklah....nanti saya sambung lagi....






Tips membeli ‘spare part’


 Ok...entri kali ni saya nak berkongsi cerita tentang membeli ‘spare part’ ...ini bukan bermaksud awek...hahaha.
Ini tentang spare part kereta.Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.

1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini. 
2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.
3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan. 
4. Spare part recon yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat. 
5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

    Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

    Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluarcetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. Untuk timing belt belum pernah saya jumpa barangan '4'.
   
    Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plug, absorber, clutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.  

    Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Clutch plate pula kita dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plug tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plug recon, jangkahayatnya tidak lama.
      
   Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori. 
    
   Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan  1, 2, 3 atau 4. Saya cadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka masa panjang. 





Pemanduan kereta Auto.


N3 kali ni nak cerite tentang pemanduan kereta auto.....lelaki mmg tak minat sangat dengan kereta auto ni, maklumlah tak mencabar katanye. Tapi kalau nak tau, kareta auto ni ader rahsianye......betul ke??? Sape-sape yang pernah pandu kereta auto pasti dah rase kan....Tetapi ade perkara yang korang abaikan semasa memandu kereta auto ni, maklum la....tekan jer pedal minyak.
  Korang harus faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 , kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta). Yang penting sekali, penukaran minyak gear box auto...biasanye 15,000km atau 20,000km mengikut saranan pengeluar.




Proton Waja Lancer?


 

   Inilah wajah baru proton waja, hampir meyerupai mitsubishi lancer. Sebelum ini kita digegarkan dengan kehadiran Myvi LE keluaran Perodua, sekarang rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehadiran Proton Waja Replacement, gabungan teknologi Proton dan Mitsubishi. Apa pendapat anda?

 ?

Related Posts with Thumbnails