Selasa, 14 September 2010

Empat maut tembung bas.

KUANTAN: Dua pasangan suami isteri terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dalam dua dalam kemalangan ngeri di Pahang dengan satu pasangan maut dalam keadaan mengerikan apabila kedua-duanya terperosok di bawah bas ekspres dua tingkat Transnasional selepas kereta dinaiki dirempuh kenderaan berat itu di Kilometer 22.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang, awal pagi Jumaat lalu.


REMUK...keadaan kereta yang terperosok di bawah bas ekspres.

Mayat mangsa, Ahmad Indra Sujud, 32, dan isterinya, Lans Koperal Zuraidah Mahmad, 31, terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Taman Tas dalam kejadian jam 3.30 pagi 10/09/2010.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, Ahmad Indra yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala isterinya yang juga anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri apabila terbabit dalam kemalangan itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Ahmad Indra dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi menyebabkan kenderaanya melintang di tengah jalan sebelum dirempuh bas ekspres berkenaan.

Zulkifli berkata, siasatan turut mendapati rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa diseret sejauh kira-kira 20 meter.

“Pasangan itu yang belum dikurniakan cahaya mata meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


2 ulasan:

Ezao' Edogawa berkata...

wow! perkembangan semasa!
laju update blog??? hehehe!
Bhati2 djlan raya! ... truk eksiden ni ...

Blogger Untuk Anda berkata...

Wow Seremmmm...!! Makanya kalau Bawa Mobil itu... Pelan-Pelan Saja..heheh

Related Posts with Thumbnails