Powered By Blogger

Jumaat, 24 September 2010

Pemanduan kereta Auto.

 N3 kali ni nak cerite tentang pemanduan kereta auto.....lelaki mmg tak minat sangat dengan kereta auto ni, maklumlah tak mencabar katanye. Tapi kalau nak tau, kareta auto ni ader rahsianye......betul ke??? Sape-sape yang pernah pandu kereta auto pasti dah rase kan....Tetapi ade perkara yang korang abaikan semasa memandu kereta auto ni, maklum la....tekan jer pedal minyak.
  Korang harus faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 , kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta). Yang penting sekali, penukaran minyak gear box auto...biasanye 15,000km atau 20,000km mengikut saranan pengeluar.

1 ulasan:

NIA berkata...

penah skali bwk kete auto.seb bek jalan rata takde bukit2 sgt.heeeeee.btw thanks for the info:)

Related Posts with Thumbnails