Powered By Blogger

Selasa, 28 September 2010

Prestasi dan gaya versatil


  Jenama Acer memang telah terkenal sebagai pengeluar rangkaian produk pengkomputeran yang inovatif dan termaju. Terus melangkah cemerlang dalam bidang teknologi mudah alih, syarikat tersebut, Acer Sales & Services Sdn. Bhd. telah memperkenalkan empat model telefon bimbit pintar terbarunya.

  Model yang dimaksudkan adalah Acer Liquid E S100, Acer Luiquid E Ferrari, Acer beTouch E400 dan Acer beTouch E120. Menurut Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Ricky Tan, pelancaran telefon bimbit pintar itu adalah sebagai pelengkap kepada peranti-peranti elektronik Acer seperti komputer riba dan juga netbook.

  ''Rangkaian model produk selular ini dibangunkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin menginginkan akses Internet di mana-mana sahaja menerusi perkhidmatan data kompleks. ''Ia menampilkan prestasi, dan gaya yang versatil khusus untuk kemudahan pengendalian pelbagai aplikasi multimedia terkini,'' katanya pada pelancaran model-model tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

  Kesemua model berkenaan disediakan dengan kelebihan mengakses aplikasi-aplikasi seperti kandungan Internet, e-mel dan laman web rangkaian sosial. Acer Liquid E Series dan Acer beTouch E400 dipacu menggunakan sistem operasi Android 2.1 bagi tawaran operasi lebih interaktif dan bebas.
  
  Di samping itu, ia turut dilengkapi pemprosesan Qualcomm yang bakal menawarkan fungsi mobiliti mudah dan mesra pengguna. Lebih menarik, model-model berkenaan disempurnakan bersama skrin sentuh WVGA definisi tinggi (HD) yang luas iaitu bersaiz 3.5 inci.

  Dari segi binaan luar pula, kesemua peranti mobiliti itu dibangunkan dengan kelebihan rekaan ergonomik untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Salah satu model yang bakal menjadi tumpuan pengguna adalah Acer Liquid E Ferrari Edisi Khas di mana ia dilengkapi ciri navigasi lancar serta gabungan kuasa penuh menerusi pemacu grafik 3D Qualcomm Snapdragon untuk pengalaman permainan video terbaik. Bahagian luarnya pula dilengkapi logo Ferrari yang menarik dan eksklusif.

  Kesemua model ini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga bermula daripada RM699. Untuk maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya, sila layari laman web www.acer.com.my.




Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails