Powered By Blogger

Khamis, 7 Oktober 2010

Pemboros.

   Fenomena sebegini sering dialami pasangan muda yang belum matang. Kadang-kadangmereka memilih untuk membeli barangan yang berjenama. Ada juga yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa boleh membeli tiket kapal terbang mahal untuk berulang-alik dengan kerap, padahal elok lagi jika duit tambang itu ditabung atau untuk modal untuk modal berniaga. Orang kata biar susah dahulu senang kemudian.
   
   Rezeki memang kuasa Allah Taala, tetapi hidup kena dirancang barulah boleh berjaya dunia akhirat. Mengapa duit yang sepatutnya dikumpulkan untuk keperluan masa hadapan itu dihabiskan di meja restoran bersama member? Anak dan isteri pula disuruh sabar dengan makan ala kadar. Suami pemboros biasanya kuat bergantung kepada isteri. Jika isteri bekerja maka wang gaji isteri jadi mangsa. Jika isteri tidak bekerja, mungkin dia akan minta pada ibu bapanya, adik beradik atau jika mereka semua dah menyampah dengan perangainya dia akan lari pergi jumpa Along atau sesiapa saja. Bagaimana hidup isteri dapat tenang dengan perangai suami sebegini?
   
   Isteri yang sudah masak dengan perangai suami pemboros ini kena perbetulkan keadaan. Berbincang dan merancang menjadi agenda yang mesti dilakukan secara berdua. Jangan biarkan suami membuat apa-apa keputusan sendiri dalam hal kewangan keluarga. Jika isteri bekerja, maka lebih senang mengatur pendapatan kedua. Jika isteri tidak bekerja, maka perlu kesabaran dan cara yang lemah lembut untuk menasihati suami, kerana biasanya suami beranggapan bahawa bukan hak isteri untuk mengatur duit gaji hasil titik peluhnya sendiri.
   
   Tetepi isteri juga berhak sebagai pekerja yang menolong suami menguruskan rumahtangga dan anak-anak walaupun dia hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Isteri sebenarnya amat bertanggungjawab meluruskan kesilapan suami dalam menentukan hala tuju demi kesejahteraan keluarga.


   Betapa petingnya suami isteri merancang masa depan dengan mentadbir urus harta benda yang dimilikinya. Supaya mereka tidak jatuh ke lembah kemiskinan. Dalam hal bersedekah pun Rasulullah SAW menggariskan panduan supaya seorang suami tidak menzalimi keluarganya. Dan dinyatakan juga bahawasanya baginda sentiasa menyimpan makanan untuk keluarganya buat masa setahun. (Hadis riwayat al-Bukhari)


   Takkan nak selamanya duduk di rumah sewa, berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain. Sementara keperluan nafkah anak isteri semakin bertambah, sedangkan gaji susah nak naik. Bagaimana jika tiba-tiba sang suami kembali ke rahmatullah? Adakah dia telah meninggalkan keluarganya harta yang cukup supaya terhindar dari kemiskinan? Fikir-fikirkanlah!






                                                                                Ramdan

4 ulasan:

Cik Anita berkata...

salam petang..
bila berbicara tentang ini, apa yang terlintas di hati saya ialah nasihat yang emak seringkali ingatkan pada anak-anaknya. Walau apa cara pun, biarlah anak emak yang perempuan ini semua bekerja. Walaupun bukan bekerja dalam bidang yang hebat, tapi perlu bekerja untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. InsyaAllah saya pun akan bekerja kelak bila dah berumah tangga nanti. Eceh. Berangan padahal lambat lagi. :P tapi semua tu kan perancangan.hehe

Ramdan berkata...

kerja tak bagus,bukan masalahnya...yang penting berjimat cermat.

Cik Anita berkata...

yeah.
setuju.. tapi nak jugak pakai baju cantik2 tiap bulan.. :P

Hanim Mahali berkata...

suka-suka ... suka baca entri ni .... ^_^

Related Posts with Thumbnails