Powered By Blogger

Sabtu, 2 Oktober 2010

Cecacing Stuxnet.

   Cecacing Stuxnet yang menyasarkan logi nuklear milik Iran didapati mempunyai perkataan Hebrew, Myrtus. Kod itu merujuk kepada pokok myrte. Nama Myrtus merupakan rujukan untuk perkataan Hebrew, Esther. Esther ialah permaisuri Yahudi dari Parsi.
   Parsi ialah nama lama Iran . Dalam kitab Perjanjian Lama, Permaisuri itu memujuk suaminya supaya melancarkan serangan terlebih dahulu sebelum mereka diserang. Pada minggu lalu, Iran mendedahkan bahawa ribuan komputer industri di negara itu diserang dengan cecacing Stuxnet.
   Agensi berita AFP mendakwa cecacing itu dicipta untuk menyerang sistem yang digunakan dalam menguruskan bekalan air, pelantar minyak, loji tenaga dan kemudian industri lain.Terdapat dakwaan bahawa cecacing itu berasal dari Israel dan Amerika Syarikat. Benarkah dakwaan ini?


p/s: sumber Kosmo.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails