Isnin, 11 Oktober 2010

Tragedi 10.10.10

Kite dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan terburuk di negara kite. Seramai 12 orang maut, sementara 45 lagi cedera apabila enam kenderaan termasuk 2 bas terlibat dalam kemalangan di KM 223 Lebuhraya Plus, berhampiran Tol Simpang Ampat. Polis berkata kejadian berlaku padaa kira-kira 6.40 petang apabila bas express yang menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Keadaan bas yang remuk dalam kemalangan membabitkan 6 kenderaan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap 3 kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. 3 daripada mereka adalah perempuan. Bagaimanapun, identiti mangsa belum diketahui.

Antara yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di KM 233 Lebuhraya Plus berhampiran Tol Simpang Ampat, Rembau Petang semalam.
Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan teruk lalu lintas sepanjang enam kilometer di kedua-dua hala.

FAKTA : Bas expres terbabit melanggar sebuah van, menghempap tiga kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sumber Sinar Harian

4 ulasan:

n@jwamz berkata...

Ya Allah ngerinya..
camane laa mangsa yg terselamat pasti mngalami trauma...
Moga keluarga sume allahyarham tabah m'hadapi dugaan ini...

Tanpa Nama berkata...

dah terbukti...bas slalu tak ikut had laju...

Ramdan berkata...

dari sudut mate kasar ade kemungkinan teknikal bas atau sikap pemandu, ataupun kedua-dua sekali.bukan sebab jalan raya, sebab jalan raye tu lurus je. ni pandangan saye je.

Anitadahahs berkata...

Malang memang tak berbau!
seram pulak nak naik bas.

Related Posts with Thumbnails